Saturday, October 28, 2006

Punca Kematian Allahyarhamah

Setelah di diagnosis, punca kematian Allahyarhamah adalah disebabkan oleh Acute Myeloid Leukaemia with Sepsis ( sepeti yang tertulis didalam sijil kematian ). Di ruang ini saya mengambil kesempatan untuk menerangkan sedikit sebanyak berkenaan penyakit ini sebagai rujukan kepada pembaca blog ini khususnya dan diharapkan anda dapat menyebarkan berkenaan penyakit ini kepada yang lain secara umumnya.

Maklumat berkenaan boleh didapati di :
http://www.cancerbackup.org.uk/Cancertype/Leukaemiaacutemyeloid

Tetapi punca kematian utama ( bagi pandangan saya sepanjang melihat arwah di hospital ) adalah disebabkan Sepsis.

Apa itu sepsis? Menurut pakar perubatan dan Gastroenterologist Hospital Pantai Indah, Kuala Lumpur, Dr. Matvinder Singh, sepsis adalah sejenis jangkitan yang berlaku seperti e.Coli, Listeria Monocytonegenes, Streptococcus Pneumoniae, Haemophilus Influenzae jenis B adalah antara jenis mikro organisma yang menjadikan tahap jangkitan sepsis itu bertambah teruk.
*sumber Utusan Malaysia 4 Januari 2005

Seperti yang dinyatakan, sepsis adalah sejenis jangkitan kuman, Allahyarham mengalami jangkitan pada paru-paru kiri sehingga menyebabkan paru=paru kirinya tidak dapat berfungsi sepenuhnya, di hari akhir sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir, doktor sedaya upaya mengekalkan tahap tekanan darah pada peringkat stabil dan cuba mengelakkan daripada paru-paru sebelah kanan turut dijangkiti kuman. Keadaan arwah yang lemah kerana leukaemia, ditambah tidak bernafas dengan baik menyebabkan arwah menyebabkan doktor tidak dapat berbuat apa-apa. Jika ada penyelesaian pun, ajal sudah tertulis, Allahyarhamah Nursyarfina menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 Syawal 1427 jam 10.30 mlm